PAPRIK CAMPUR - RINGKAS DAN CEPAT

 



BAHAN-BAHAN

  • Minyak masak
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang Serai
  • 1 susu besar cili giling
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • Isi ayam
  • Udang
  • Sotong
  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Brokoli
  • 1 biji tomato di potong dadu
  • 3 helai Daun limau purut ( di buang bahagian tulang daun)
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Sos tiram
  • Serbuk pati ayam
  • Sos ikan
  • Kicap
  • Air limau
  • 1/2 biji bawang besar di potong dadu.
  • Air


CARA-CARA MEMBUATNYA
  • Panaskan minyak masak.
  • Masukkan bawang putih.
  • Kemudian masukkan cili giling dikuti dengan pes tomyam.
  • Masukkan serai.
  • Masukkan ayam, diikuti dengan udang dan sotong.
  • Masukkan sedikit air.
  • Masukkan daun limau purut, brokoli, tomato, lobak merah, bawang besar dan kacang panjang. Kacaukan serata.
  • Masukkan kicap, sos ikan, sos tiram dan air limau.
  • Perasakan dengan sedikit garam, ajinomoto dan serbuk pati ayam.
  • Gaul serata dan sedia untuk dihidangkan.

Comments