MINI PAVLOVA - SENANG SANGAT RUPANYA NAK BUAT PAVLOVA NI

 



BAHAN-BAHAN

  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu esen vanila
  • 1 sudu cuka
  • 2 sudu tepung jagung
  • Krim
  • kiwi
  • blue berry


CARA-CARA MEMBUATNYA
  • Sediakan mangkuk bersih bebas daripada minyak dan air. Adunna tidak akan menjadi sekiranya terkena air atau minyak.
  • Masukkan putih telur ke dalam mangkuk. 
  • Pukul putih telur sehingga berbuih dan kembang.
  • Kemudian masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.
  • Pukul sehingga adunan betul-betul kembang dan kental. Cuba terbalikkan mangkuk sekiranya adunan tidak jatuh itu bermakna adunan sudahpun menjadi.
  • Masukkan tepung jagung dan kaup balikkan dengan menggunakan spatula> jangan gunakan mixer.
  • Masukkan pula esen vanila dan cuka. Kaup balikkan juga menggunkan spatula.
  • Letakkan adunan ke ats dulang pembakar.
  • Bakar pada suhu 150°C selama 10 minit.
  • Kemudian bakar pada suhu 110°C selama 20 minit.
  • Setelah masak, jangan keluarkan pavlova terus daripada oven yang masih panas, biarkan pavlova seketika sambil dibukakan pintu oven tersebut.
  • Setelah oven sejuk, keluarkan pavlova dan letakkan krim di atas pavlova bersama dengan hirisan buah kiwi dan blue berry.
  • Siap untuk dihidangkan

Comments