BAHAN-BAHAN
- 1 sudu besar mentega
- 3/4 cawan susu penuh krim
- 1 sudu cuka
- 2 sudu gula kastor
- 1 cawan tepung naik sendiri
- 1/2 susu kecil garam
CARA-CARA MEMBUATNYA
- Cairkan mentega terlebih dahulu.
- Di dalam bekas yang lain satukan susu dan cuka. Biarkan seketika lebih kurang 10 minit.
- Setelah mentega sejuk, masukkan susu tadi ke dalam mentega yang telah dicairkan.
- Kemudian masukkan tepung naik sendiri, garam dan gula kastor.
- Gaul sebati.
- Panaskan kuali non-stick.
- Masukkan adunan ke atas kuali. Selepas seketika akan muncul lubang-lubang kecil pada bahagian permukaan atas adunan tadi. Setelah itu balikkan pancakes tersebut.
- Setelah masak ke dua-dua bahagian angkat dan hidangkan.
*apabila terbentuknya lubang-lubang kecil pada permukaan menunjukkan adunan sudah sedia untuk dibalikkan dan sewaktu dibalikkan tepung tidak lagi mencair atau meleleh ke tepi.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)