KUAH ROJAK - MAKAN BERSAMA BUAH-BUAHAN MEMANG MANTAP

 



BAHAN-BAHAN

  • 10 biji cIli api
  • Air 
  • 2 sudu cili giling
  • 1 keping gula melaka
  • 1 senduk sos cili
  • 2 senduk kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu cuka
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil belacan
  • 3 sudu besar gula perang
  • 1 sudu kecil garam
  • Air bancuhan tepung jagung.
  • Kacang tanah yang telah disangai dan ditumbuk kasar.

CARA-CARA MEMBUATYA
  • Masukkan cili api dan air ke dalam pengisar dan kisar sehingga cili hancur.
  • Tuang bahan kisar tadi ke dalam periuk.
  • Masukkan cili giling dan kacau.
  • Masukkan gula melaka dan kacau sehingga kesemua bahagian gula melaka itu larut. Kemudian masukkan sos cili.
  • masukkan kicap manis diikuti dengan sos tomato. Kacau bahan di dalam periuk.
  • Masukkan cuka.
  • Masukkan sos ikan dan belacan. Kacau sehingga belacan larut.
  • Masukkan gula dan garam.
  • Masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung.
  • Masak sehingga masak.
  • Setelah masa sejukkan terlebih dahulu.
  • Setelah sejuk, boleh masukkan kacang yang telah disangai.
  • siap untuk dihidangkan.


 * Sekiranya pekat korang boleh masukkan sedikit air semasa proses memasak kuah rojak.

Comments