SIAKAP MASAK 3 RASA - MURAH & JIMAT SUDAH SEMESTINYA BILA MASAK SENDIRI






BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ikan siakap
  • Tepung goreng serbaguna
  • Tepung jagung
  • Minyak masak
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1/2 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 1 inci halia (di hiris nipis)
  • 1 -  batang serai
  • 8 tangkai cili api
  • Sos cili
  • Air
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Serbuk pati ayam
  • Sos tiram
  • 1-2 biji tomato tomato
  • 4 helai daun limau purut yang telah dibuang tulangnya



CARA-CARA MEMBUATNYA
  • Lumurkan ikan dengan tepung serbaguna dan tepung jagung.
  • Setelah  itu panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing atau mengikut citarasa anda.
  • Kemudian angkat dan toskan lebihan minyak.
  • Dengan menggunakan kuali yang lain, panaskan minyak .
  • Setelah itu masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan.
  • Kemudian masukkan bawang besar, bawang holland, halia dan serai.
  • Gorengkan seketika. 
  • Masukkan sos cili kemudian kacau rata.
  • Masukkan juga sedikit sos tiram.
  • Masukkan tomato, cili api dan daun limau purut.
  • Masukkan air untuk dijadikan kuah.
  • Perasakan dengan garam, ajinomoto dan serbuk pati ayam.
  • Kacau dan masakkan sehingga masak.
  • Setelah masak, tuangkan sos ke atas ikan yang telah dogorengkan tadi.
  • Siap untuk dihidangkan.





* Boleh dimasukkan juga nanas sekiranya suka rasa masam, tetapi tak semua orang boleh makan nanas.

Comments