Bahan-bahan
A)
- 450 g isi ayam
- 3 keping roti
-1 biji bawang holland
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu tepung naik sendiri
- 2 sudu kecil lada hitam
- 1/2 sudu lada sulah
- Garam secukup rasa
- Ajinomoto secukup rasa
B)
- Minyak untuk menggoreng
- Air
- Tepung goreng serbaguna
Cara-cara membuatnya
- Kisarkan kesemua bahan-bahan (A) di dalm pengisar.
- Setelah selesai, tuangkan ke dalam bekas dan kukus selama 30 minit.
- Setelah masak, keluarkan dan sejukkan seketika pada suhu bilik.
- Setelah itu potong menjadi kepingan lebih kurang saiz nuget yang ada dipasaran.
- setelah itu celupkan ke dalam bancuhan tepung yang telah dibancuh dengan air.
- Setelah itu angkat dan celupkan ke dalam tepung pula.
- Setelah selesai, bolehlah mula menggoreng dengan menggunakan api yang sederhana.
- Goreng sehingga kekuningan atau garing terpulang pada selera masing-masing.
- Setelah masak sedia untuk dihidangkan
* Jangan potong nuget terlalu tebal nanti akan menyebabkan rasa muak, dan jangan terlalu nipis kerana orang akan rasa macam x bes bila terlalu nipis. Potong jer lebih kurang saiz nuget dekat super market tu. Kalau korang nak bentukkan macam-macam bentuk pun terpulanglah.
* Kalau korang tak nak kukus pun boleh, dan korang boleh teruskan dengan proses mencelup.
* Kelebihan apabila korang kukus dahulu, waktu menggoreng sekejap sahaja, kerana bahagian isi nuget dan sedia di masak.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)