BISKUT 'CORNFLAKES' COKLAT



Bahan-bahan

- 5 cawan cornflakes ( yang telah dibakar di dalam oven)
- 1 cawan badam ( yang telah disangai )
- 250 g coklat (Beryls Milk Block)
-1 - 2 sudu mentega (Buttercup)



Cara-cara membuatnya

- Caikan coklat bersama mentega.
Setelah selesai, sejukkan seketika.
- Hancurkan badam menggunakan tangan di dalam mangkuk yang besar.
- Masukkan badam  dan gaul sekata.
- Masukkan coklat yang telah disejukkan dan gaul sekata
- Setelah coklat sudah digaul sekata, masukkan adunan ke dalam cawan kertas yang telah disediakan.
- Simpan di dalam bekas kedap udara dan masukkan kedalam peti sejuk minimum 30 minit.
- Sedia untuk dihidangkan.


* Biskut ini walaupun berperisa coklat, rasa coklatnya tidak muak dan sangat rangup selepas dikeluarkan daripada peti ais. Selepas dimasukkan di dalam peti ais coklatnya akan mengeras dan cornflakes tidak akan berderai selepas di letakkan di tempat yang dingin.

Comments