MENU RAMADHAN : ROTI GARDENIA CICAH KARI AYAM

Untuk beralih selera, kita boleh makan roti bersama dengan kari ayam. Daripada dibiarkan roti membazir dibuang begitu sahaja, korang bolehlah makan roti gardenia tu dengan kuah kari. 

Jangan sesekali membazirkan roti tu. Tahu tak cukup payah nak dapatkan stock roti tu di musim PKP ni. Asal pergi, roti habis, yang ada pun roti manis dan jenis yang ada inti tu jer. Yang jenis keping-keping tu memang laju jer jalan. 




Bahan-bahan

Minyak
1 Kayu manis
3 Bunga lawang
4 Bunga cengkih
4 Buah pelaga
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Serbuk kari
Serbuk cili
Sos ikan
Sos tiram
Air
Ayam
Air asam jawa
Ubi kentang
Santan
Tepung jagung
Garam
Gula
Cili api
Roti gardenia


Cara-cara membuatnya
  1. Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. 
  2. Setelah seketik masukkan bawng putih dan bawang merah. 
  3. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga naik bau. 
  4. Masukkan juga serbuk cili. 
  5. Kemudian masukkan isi ayam dan gaul rata.
  6. Setelah itu masukkan air dan air asam jawa. 
  7. Kacau seketika. Masukkan pula kentang. 
  8. Masukkan sos ikan, sos tiram, dan sedikit gula. 
  9. Setelah kentang hampir masak boleh di masukkan santan dan sedikit garam. Kacau perlahan
  10. Masukkan cili api dan hirisan bawang besar. 
  11. Masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung supaya kuah tidak terlalu cair. Kacau sebati. 
  12. Setelah masak, tutup api dan sedia di hidangkan bersama roti. 

Comments