MENU RAMADHAN : TELUR BUNGKUS

Lama pulak tak makan telur bungkus. Dari semalam lagi terbayang-bayang nak makan telur bungkus. So, harini diusahakan juga untuk buatkan telur bungkus. Sangat simple jer resepi yang sis buat ni, just untuk memenuhi selera jer.


Kalau tak mahu makan dengan nasi, boleh di makan begitu sahaja dengan sos atau dengan mayonis bergantung pada citarasa anda. Juga boleh dimakan dengan roti. Kalau nak buat untuk di makan dengab roti biasanya bungkusan tu dibuat lebih kecil bersesuaian dengan saiz roti yang digunakan. Kemudian, letakkan jer di bahagian tengah tengah roti macam buat sandwich tu. 





Bahan-bahan 

Minyak masak
Telur
Bawang putih
Bawang merah
Sos cili
Sos ikan
Sos tiram
Kicap manis
Ayam cincang
Kubis dipotong dadu
Tomato dipotong dadu
Lobak merah dipotong dadu
Serbuk pati ayam
Garam


Cara-cara Membuatnya 
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga naik bau. 
  2. Masukkan bawang merah
  3. Masukkan isi ayam dan kacau perlahan-lahan
  4. Masukkan sos cili, sos ikan, sos tiram dan kicap. Kacau perlahan-lahan. 
  5. Masukkan sayur-sayuran. Masukkan garam dan serbuk pati ayam. 
  6. Kacau serata. Setelah masak tutup kan api dan boleh diangkat. 
  7. Panaskan minyak di dalam kuali besih. 
  8. Masukkan telur dan gerakkan kuali supaya telur yang di masak nipis sahaja. 
  9. Masukkan inti yang di masak tadi dan lipatkan telur supaya menutupi inti tadi. 
  10. Sedia diangkat dan terbalikkan ke atas pinggan.
  11. Sedia dihidangkan. 




Comments

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)