MENU RAMADHAN : MI KUNGFU

Mengenangkan musim PKP ni agak sukar nak dapatkan masakan panas yang boleh makan terus. Kalau ada pun kena bungkus dan bawak balik makan kat rumah.


So, untuk memenuhi keinginan hati kita masak sendiri jer lah kat rumah. 





Bahan-bahan A

Minyak masak
1 cawan Mi kuning
1 biji Telur Gred A



Bahan-bahan B

Minyak masak
Bawang putih 
Bawang merah
Halia
Ayam
Fish cake
Sawi
Lobak merah
Tomato
Stock ayam
Garam
Lada sulah
Lada hitam
Air
Tepung jagung



Cara-cara Membuatnya 

A

  1. Pecahkan telur dan kacau putih dan kuning telur sekaligus. 
  2. Masukkan mi kuning ke dalam telur. 
  3. Panaskan minyak. Masukkan mi yang dah bersalut telur dan gorengkan menggunakan api yang kecil. 
  4. Jangan kacau-kacau mi tersebut, biarkan begitu, dan balikkan sekiranya bahagian bawah sudah masak.
  5. Setelah ke dua-dua bahagian telah masak, boleh diangkat dan diletakkan ke dalam pinggan.

B

  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih. Goreng sehingga kekuningan. 
  2. Masukkan bawang merah dan halia. 
  3. Masukkan ayam diikuti dengan fish cake. 
  4. Masukkan air
  5. Masukkan stock ayam, lada hitam dan lada sulahdan biarkan seketika sehingga isi ayam sudah masak. 
  6. Masukkan sayur-sayuran
  7. Masukkan garam
  8. Sewaktu masakan sedang mendidih, boleh masukkan air bancuhan tepung jagung.
  9. Kacau sehingga kuat menjadi sedikit pekat. Sekiranya masih cair boleh tambahkan air bancuhan tepung jagung secara perlahan-lahan.
  10. Setelah masak boleh tutup api dan tuangkan kuah ke atas mi yang telah di sediakan tadi. 

Comments