MENU RAMADHAN : MEE REBUS TERENGGANU STYLE



Jangan terkejut pulak, orang Terengganu ada cara masak mee rebus yang tersendiri. Perbezaannya, sangat ketara daripada warna dan bahan-bahan tu dah lain dah. Kalau orang luar yang tak pernah makan Mee Rebus Terenggnu Style ni, mesti mereka menyangka mee sup tapi ada kelainan dari segi cara masaknya tu.


Cara nak makan tu biasanya terpulang pada cara masing-masing. Ada yang letak kicap atau sos. Ada yang campur kedua-dua kicap dan sos sekali. Sos tu samada sos cili atau tomato. Terpulang pada selera masing-masing. 





Bahan-bahan

Minyak masak
Lada hitam
Bawang putih
Bawang besar
Air
Mee kuning
Telur
Fish cake atau kek ikan
Fish ball
Sawi
Lobak merah 
Tomato
Garam
Stok ayam atau serbuk perasa
Sos ikan


Cara membuatnya

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas masukkan lada hitam. Kecilkan sedikit api. 
  2. Kemudian masukkan bawang putih, tumis sehingga naik bau. Kalau nak masukkan ayam atau daging cincang boleh masukkan selepas dah naik bau. 
  3. Masukkan air secukupnya. 
  4. Masukkan telur dan kecilkan api supaya telur tidak pecah. Kacau perlahan jer untuk elakkan telur pecah kerana rasa akan jadi sedikit muak kalau telur tu pecah. 
  5. Boleh masukkan fish ball dan fish cake. Biarkan seketika, sesekali kacau perlahan. 
  6. Kemudian, masukkan mee kuning, sawi, lobak merah dan tomato. 
  7. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya dan sedikit sos ikan. 
  8. Kalau sukakan pedas bole tambahkan cili padi. 
  9. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Boleh juga ditaburkan daun bawang dan daun sup. 



Comments