MENU RAMADHAN : MEE GORENG BASAH

Mee goreng basah adalah makanan kegemaran s3bahgian daripada rakyat Malaysia. Sangat sedap di makan ketika panas dan berasap tu.


Lagi best kalau ada telur mata pulak. Letak sayur lebih untuk yang suka sayur tu. Buat pedas-pedas.. Confirm terangkat...  Kalau ada keropok atau nudget tu pun lagi la meriah..


Resepi ni sangat mudah dan guna barang basic je memandangkan musim-musim PKP ni kurangkan pergerakkan kalau tak perlu. So, pakai je barang-barang yang ada. Nanti kalau ada masa sis kongsikan resepi mee goreng basah mak sis punyer style. Hari ni kita kongsikan resepi menggunakan barang-barang yang ada jer la dulu. 





Bahan-bahan 

3 sudu besar minyak masak
2-3 ulas bawang putih
1/4 bawang besar
Cili boh
Gula
Sos ikan
Kicap manis
Sos tiram
Sos cili
Garam
Stock ayam
Fish cake
1 cawan mee kuning
Sawi
Lobak merah
Tomato
Air



Cara-cara Membuatnya 

  1. Panaskan minyak ke dalam kuali. Masukkan bawang putih dan gorengkan sehingga kekuningan.
  2. Masukkan bawang dan cili gorang sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan gula. Dan kacaukan bahan tumis tadi. 
  4. Masukkan sedikit air, kacau dan biarkan seketika. 
  5. Masukkan fish cake, boleh jugak nak masukkan ayam atau apa-apa yang lain.
  6. Masukkan sos ikan, sos cili, kicap dan tiram. Masuk kan agak-agak, jangan banyak sangat. 
  7. Masukkan mee. Gaulkan mee sehingga sebatu dengan bahan tumis tu.
  8. Boleh masukkak sayur-sayuran.
  9. Masukkan garam dan bahan perasa. Kalau perlu tambahkan air bole tambah ikut keperluan. Kalau suka banyak kuah boleh lebihkan sedikit air. 
  10. Kacau dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan. 

Comments