Dalgona Milo






Bahan-bahan:

1 sudu milo
1 sudu gula
1 sudu air suam
Ovalette
Susu segar / susu penuh krim / milo 
Ais batu


Cara-cara membuatnya

1. Campurkan milo, gula dan air suam dan sedikit ovalette. Dengan menggunakan 'mixer' pukul bahan-bahan tersebut sehingga kembang. Sekiranya tiada 'mixer' boleh pukul menggunakan garfu atau pemukul telur yang biasa tu, 'the point is' kita nak adunan tu jadi kembang.

2. Masukkan ais ke dalam gelas. 

3. Masukkan susu segar atau susu penuh krim  ataupun milo bergantung pada citarasa masing-masing. 

4. Masukkan bahan yang telah dipukul sehingga kembang sebentar tadi di bahagian atas.

5. Kalau inginkan kelainan boleh juga ditaburkan dengan coklat chip atau chocolate rice atau ais krim. Atau pun boleh jugak taburkan sahaja milo serbuk kat bahagia atas macam milo tabur tu. Terpulang pada citarasa masing-masing kalau tak nak letak topping tambahan pun tak mengapa.

6. Dalgona Milo dah ready untuk dihidangkan. 

Comments