Bahan-bahan:
1 sudu kopi
1 sudu gula
1 sudu air suam
Susu segar / susu penuh krim
Ais batu
Cara-cara membuatnya
1. Campurkan kopi, gula dan air suam. Dengan menggunakan 'mixer' pukul bahan-bahan tersebut sehingga kembang. Sekiranya tiada 'mixer' boleh pukul menggunakan garfu atau pemukul telur yang biasa tu, 'the point is' kita nak adunan tu jadi kembang.
2. Masukkan ais ke dalam gelas.
3. Masukkan susu segar atau susu penuh krim mengikut citarasa masing-masing.
4. Masukkan bahan yang telah dipukul sehingga kembang sebentar tadi di bahagian atas.
5. Kalau inginkan kelainan boleh juga ditaburkan dengan coklat chip atau chocolate rice atau ais krim. Terpulang pada citarasa masing-masing kalau tak nak letak topping tambahan pun tak mengapa.
6. Dalgona Coffee dah ready untuk dihidangkan.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)