Roti Pretzel




Bahan-bahan

1/2 cawan air
1/2 cawan susu segar
1 sudu kecil serbuk yis
1/2 sudu kecil garam

4 sudu gula
2 1/2 - 3 cawan tepung gandum
minyak masak
1 cawan air panas
1 sudu besar baking soda


Cara-cara Membuatnya:

  • Satu kan air, susu, yis dan biarkan selama 10 minit. Bancuhan akan menjadi berbuih-buih.
  • Setelah itu masukkan garam dikuti dengan tepung sedikit demi sedikit. Gaulkan sebati.
  • Uli sampai doh tak melekat di tangan.
  • Sapukan sedikit minyak pada mangkuk dan golekkan kan doh supaya bahagian luar doh bersalut minyak (tipis sahaja).
  • Tutup dan rehatkan doh sehingga saiz doh menjadi 2 kali ganda (lebih kurang 1 jam)
  • Ambil doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian bergantung pada saiz yang anda mahukan.
  • Kemudian bentukkan doh menjadi panjang dan bentukkan seperti pretzel yang slalu kita tengok tu.
  • Caranya mula-mula jadikan bentuk 'U', selepas itu bahgian hujung tu lilitkan dan seterusnya bahagian hujung atas tadi ditarik dan dilipatkan ke arah bawah lengkungan 'U' tadi dan tekankan sedikit supaya doh melekat.
  • Setelah selesai dibentuk, masukkan doh ke dalam bancuhan soda bikarbonat dan air suam.
  • Setelah itu toskan dan  keringkan doh dengan cara meletakkannya ke ats tuala bersih. Xperlu lap teruk-teruk. Biarkan tuala itu sendiri yang menyerap lebihan bancuhan tadi.
  • Susun doh diatas dulang pembakar. Bahagian atas boleh disapukan butter yang telah dicairkan. dan bole diletakkan garam atau gula. (Kacang atau cip coklat pun bole)
  • Bakar sehingga masak setelah itu sedia untuk dihidangkan.












Comments