Mee Kari



Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning
600 gram ayam, potong kecil
500g isi kerang
500 gram udang
2 cawan air rebusan dari kulit udang 
fish ball
fish cake
4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat
2 keping asam keping
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair


Bahan-bahan untuk menumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari


Bahan-bahan Kisar:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai, hiris nipis
10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut.


Bahan untuk hiasan:
Telur rebus atau boleh pecahkan siap-siap  di dalam kuah kari
Sawi
Bawang goreng
Limau kasturi
Tauge
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng
Udang

Cara-cara Menyediakannya:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan-bahan yang telar dikisar diikuti pes rempah kari. Kacau sehingga masak dan pecah minyak.
  • Masukkan ayam dan kacau seketika, kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
  • Masukkan pula santan pekat, fish ball, fish cake, udang, kerang, asam keping dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah perlahan-lahan supaya santan tidak pecah minyak.
  • Masukkan garam dan gula.
  • Setelah masak, sedia dihidang bersama mee kuning yang telah di celur.



Comments