Bahan-Bahan:
1 peket bihun, rendam
sehingga lembut
Isi ayam
tauge
Sawi
Tomato
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap cair dan
kicap manis
Fishball
Udang
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
lada sulah
Cara-cara Menyediakannya:
- Panaskan minyak secukupnya dan
tumis semua bawang kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah
minyak. Masukkan isi ayam kacau sehingga isi ayam masak.
- Masukkan kicap manis, sos cili, isi
udang, fishball, batang sawi, serbuk lada sulah dan kacau seketika.
Kemudian masukkan semua bihun dan sedikit air. Kacau sehingga bihun lembut
dan sebati.
- Akhir sekali masukkan semua taugeh
dan daun sawi, terus kacau sehingga semua bahan sehingga masak sekata.
Kemudian masukkan garam halus serta gula secukup rasa.
- Setelah masak sedia untuk
dihidangkan.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)