Bahan-Bahan:
1 bungkus bihun (400g)
Minyak
Isi udang
Isi ayamv
Fish cake
1 kiub ikan bilis
Kobis, cincang kasar
karot, potong memanjang
Sawi
Tauge
Lada sulah
Garam dan gula
Bawang goreng dan daun bawang untuk hiasan
Bahan-bahan
tumbuk halus:
5-6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar lada hitam
Cara-cara Menyediakannya:
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake.
- Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
- Masukkan bihun yang telah direndam sehingga lembut dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran seperti karot, kobis, sawi dan teruskan kacau sehingga bihun lembut dan sebati.
- Tabur sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauge.
- Setelah masak tutup api, sedia untuk dihidangkan. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)