Bahan
bahan:
1 mangkuk ikan bilis – digoreng layu
1/2 mangkuk cili kisar
Garam
3 sudu besar gula pasir
Bahan-bahan kisar:
Bahan-bahan kisar:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
Secubit ikan bilis mentah
Sedikit belacan bakar
Secubit ikan bilis mentah
Sedikit belacan bakar
Cara-cara Membuatnya:
- Panaskan minyak yang banyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis dengan menggunakan api yang kecil supaya cili betul betul masak dan tidak hangit. Boleh tutup kuali supaya sambal tak meletup letup dan terpercik ke tangan.
- Bila cili benar benar masak garing dan terbit minyak, masukkan sedikit gula dan garam terlebih dahulu sekadar untuk menggaringkan sambal.
- Kemudian masukkan sedikit air supaya cili tidak hangit. Selepas itu, baru dimasukkan asam keping, gula, gula merah dan garam secukupnya serta bawang besar hiris.
- Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan biarkan merenih lama lama sehingga sambalnya agak pekat dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)