Bahan-bahan:
2 cwn tepung gandum
2 cwn air / susu segar / santan
1 biji telur
1 sudu besar minyak jagung / minyak masak
sedikit garam
sedikit esen vanila
pewarna kuning
Cara-cara membuatnya:
- Satukan semua bahan-bahan dan kisarkan supaya sebati.
- Tapiskan bahan2 tadi.
- Cedukkan adunan tadi, sekiranya adunan jatuh sekata dan tidak putus-putus boleh teruskan.
- Masukkan ke dalam botol 3 muncung tu.
- Gunakan kuali non stick (kadang-kadang perlu sapukan sedikit minyak dekat permukaan kuali supaya tak melekat, bergantung kepada adunan tersebut)
- Bolehlah mula menjala di atas kuali.
- Biarkan seketika, setelah masak boleh terus angkat dan gulungkan.
- Sedia dihidangkan.
*Boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan kuah gulai atau kari. kalau tak sukakan makanan berempah boleh jugak makan dengan cara cicah dengan susu.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)