Bahan-bahan Popcorn:
1/4 cawan minyak
2 sudu planta
150g biji jagung
Cara-cara Membuatnya:
- Panaskan minyak dan planta.
- Masukkan biji jagung dan gaulkan sampai ia mula meletup.
- Kemudian terus tutup kuali bila ia dah start meletu-letup tu (kalau tak habis lah satu dapur nanti).
- Biarkan seketika, setelah bunyi meletup dan berhenti boleh bukak penutup dan tutupkan api.
Bahan-bahan Caramel:
200g gula
100 ml air
1 sudu planta
Cara-cara Membuatnya:
- Satukan semua bahan di dalam kuali dan masak sehingga menjadi sedikit pekat seperti gula hangus. Jangan biarkan terlalu lama nanti rasanya menjadi pahit dan tidak sedap.
- Kemudian masukkan pocorn tadi ke dalamnya dan gaul rata.
- Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. (jangan cuba-cuba nak makan sewaktu masih panas yer, silap-silap melecur mulut nanti)
- Setelah sejuk sedia untuk dihidangkan.
jemput join giveaway kita ye :)
ReplyDeletehttp://nozi-mirrah.blogspot.my/2017/12/jims-birthday-giveaway.html
alright... dah lepas tarikh bole lagi ke ni??
Deletetp dh jemput.. sy join la :-)
Sempat lagi ke nak join tu?? Dah 19 hb dah hari ni... Ke tarikh dilanjutkan? Hehe
ReplyDelete