Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur gred A
1/2 cawan susu segar / susu cair
1/2 cawan air
2 s/b gula
1sudu besar marjerin cair
Inti (kaya / coklat / jagung atau bole letakkan apa-apa yang anda suka)
Cara Menyediakannya:
- Pukul telur dan gula hingga kembang.Kemudian satukan dgn semua bahan lain (kecuali bahan inti) dan kacau hingga sebati.
- Panaskan kuali, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas dapur leper, apabila kering, letakkan inti dibahagian tengah (kalau nak cepat gunakan kaedah piping) dan angkat apabila cukup masak.
- Sedia untuk dihidangkan.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)