Chicken Chop





Bahan-bahan:

– 3 paha ayam tanpa tulang
– 5 ulas bawang putih –dicincang halus
– 1.5 cm halia – dicincang
– 1/2 kiub ayam
– 1 sudu teh serbuk lada hitam


– 1 sudu besar sos tomato
– 2 sudu besar sos cili
– 1 sudu besar sos Lee & Perrins
– 1 sudu besar kicap masin
– 1 sudu besar kicap manis
– 1 sudu besar sos tiram
– 1 sudu besar madu
– garam secukup rasa

– 1 biji telur
– Sedikit tepung jagung
– Sedikit tepung gandum
– Bread crumb/ serbuk roti

Cara-cara Membuatnya:
  • Toskan ayam yang telah dibersihkan dan digaul bersama kiub ayam, lada hitam dan lada sulah. Gaul pula bersama bahan perap dan pastikan meresap, gunakan garpu untuk cucuk-cucuk!!
  • Perap selama 1-2 jam. Paling baik semalaman. Pastikan bahan-bahan perap sebati dengan ayam.
  • Selepas perap, salut dengan telur, salut dengan tepung jagung dan tepung gandum. Gaulkan dengan serbuk roti.
  • Goreng ayam menggunakan minyak masak yang banyak dengan api sederhana. Masak, ketepikan.
  • Sedia dihidangkan bersama sos lada hitam dan kentang goreng.




Comments