Bahan-bahan:
Roti
Ais krim
Minyak masak
Cara-cara Membuatnya:
- Keluar ais krim daripada peti sejuk. Gunakan ais krim yang betul-betul beku untuk memudahkan proses penyediaan.
- Letakkan ais krim di atas roti ( bahagian tengah )
- ambil lagi sekeping roti dan letakkan di atas ais krim tadi.
- Ambil gelas dan tekan kuat bahagian atas roti. Sehingga bahagian tepi roti terlerai dan roti menjadi bentuk bulat.
- Ulang langkah tadi untuk kesemua roti dan simpan semula di dalam peti sejuk.
- Setelah ais krim betul-betul beku semula barulah menggorengkannya di dalam minyak yang banyak dan panas supaya masak dengan sekata.
- Tak perlu lama, bila roti dah bertukar kekuningan boleh terus angkat.
- Toskan minyak sedia dihidangkan.
*Boleh terus dimakan ketika masih panas. Sekira dibiarkan terlalu lama ais krim di bahagian dalam akan cair dan membuat roti menjadi lembik.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)