Bahan-bahan untuk kulit karipap ini tak perlukan banyak barang, kebanyakkannya memang sudah tersedia kat dapur jer. Contoh kalau ada terlebih kari ayam atau sambal sardin tu, masakkan sambal atau kari tu sampai kering, nanti boleh jadikan inti karipap. So tak de lah membazirkan. Masak ni cuma perlu kreatif je :-)
Bahan Kulit Karipap
Bahan Kulit Karipap
500 gram tepung gandum
2 sudu minyak masak yang sudah dipanaskan
Cara Buat Kulit Karipap
1. Masukkan tepung diikuti minyak masak
tadi ke dalam bekas. Bila minyak masih terasa panas boleh kacau dengan sudip
kayu dan bila minyak dah sejuk boleh menguli menggunakan tangan.
2. Uli doh dengan cara masukan air
sedikit demi sedikit yang sudah di campur garam tadi. teruskan menguli
sehingga tepung sudah sebati dan tidak melekat di tangan dan biarkan
sekketika lebih kurang 15 minit.
3. Bulatkan doh tadi , bergantung pada
saiz karipap yang anda inginkan,
sekiranya nak bersaiz besar bulatkan
sedikit besar.
4. Doh yang sudah dibulat-bulatkan
tadi boleh dicanaikan dan diletakkan inti di tengah-tengahnya.
5. Letakkan sedikit air dibahagian kelim supaya kelim tidak terbukak sewaktu
menggoreng. Gunakan minyak yang banyak sewaktu menggoreng supaya karipap
masak secara sekata dan rangup.
6. Gorengkan karipap menggunakan api sederhana sahaja dan rajin balik-balikan karipap
dalam kuali. Jangan menggunakan api yang terlalu besar, takut nampak garing dibahagian luar tetapi bahagian dalam masih belum masak sepenuhnya, nanti dah sejuk karipap akan jadi lembik dan nampak tak menarik.
*Kalau tak pandai nak buat kelim pakai tangan boleh pakai penegepit macam gambar kat atas tu. Harga murah je bole beli kat Giant atau dekat kedai RM2 tu pun mungkin ada jual.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)