Bahan-bahan
·
4
biji telur
·
1
cawan gula pasir
·
1
1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
·
1
cawan susu cair
·
1
sudu esen vanilla
·
1
sudu soda bikarbonat
·
1
cawan serbuk koko (* Kalau rasa mahal boleh gantikan dengan milo atau vico )
·
1/2
cawan susu pekat manis
·
1
cawan minyak masak (* Boleh jugak kalau nak gantikan dengan marjerin yang
dicairkan)
Cara-cara Membuatnya:
- campurkan
susu cair, gula, susu pekat manis, minyak. selepas tu masak di dapur
dengan api perlahan sehingga larut dan sekata.
- sediakan bekas lain dan masukan serbuk coklat,
baking powder, tepung gandum, soda bikarbonat.
- pukul telur hingga kembang kemudian masukan
campurkan bahan pertama tadi ke dalam adunan telur.
- kemudian masukan sedikit demi sedikit campuran
serbuk coklat, soda bikarbonat, baking powder, dan tepung gandum. kacau
hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
- selepas tu panaskan pengukus dan tunggu sehingga
air mendidih. kemudian masukan adunan kek ke dalam loyang. jangan lupa
sapukan marjerin pada loyang sebelum dimasukan adunan kek.
- tutup loyang dengan alumunium foil tujuannya
supaya air wap tak terkena pada kek. dan kukus adunan kek selama lebih
kurang 1 jam.
Bahan-Bahan Topping
·
2 sudu
mentega
·
1 cawan
susu pekat manis
·
1 sudu
makan serbuk coklat
Cara-cara Menyediakan Topping
Masukan
semua bahan diatas kedalam kuali kemudian kacau perlahan sehingga larut dan
bila campuran tersebut dah mulai mendidih boleh diangkat. biarkan sehingga
sejuk sebelum dituangkan ke atas kek coklat lembap kukus tadi.
PERINGATAN!!!!
*sekiranya
menggantikan coklat dengan milo atau vico akan ada sedikit perbezaan dari segi
warna dan rasa. Jangan risau... kalau tetiba nampak cerah sikit sebab gantikan
dengan vico.. bukan x masak yer... tapi warna dia memang macam tu... Kalau dari
segi rasa pulak akan ada perbezaan jugak.. kalau pakai coklat sekalipun.. lain
" brand " lain jugak rasanya.. hehe.. so ikut lah selera dan
kemampuan bajet masing2...
*kalau x ada
pengukus tu.. bole beli yang macam jaring tu... x pasti nama dia apa. letak
dalam periuk yang tinggi. yang penting masukkan air. nanti hasil dia sama jugak
macam pengukus tu. pastikan kaki dia tinggi kalau pendek air boleh masuk sikit
je.. takut2 x sampai 1 jam dah kering air nya tu... pastikan air mencukupi yer
..
untuk yang baru nak belajar masak tu.. cara nak
tentukan kek dah masak atau belum boleh gunakan garfu dan tekan ke dalam kek.
lepas tu.. keluarkan garfu tersebut, sekiranya terdapat cairan yang melekat
pada garfu tersebut, teruskan aktiviti mengukus kek tu... tapi kalau keluarkan
garfu, nampak licin je garfu.. tu tandanya dah masak..
oke.. selamat mencuba :- )
Cara-cara Menyediakan Topping
Masukan semua bahan diatas kedalam kuali kemudian kacau perlahan sehingga larut dan bila campuran tersebut dah mulai mendidih boleh diangkat. biarkan sehingga sejuk sebelum dituangkan ke atas kek coklat lembap kukus tadi.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)